Isnin, 3 Oktober 2011

terbang tinggi-tinggi

Wahai manusia, kalo korang nak terbang dengan Air Asia, sila amik maklum ye bahawa kat LCCT tu orangnya ramai yang amat. (sebab aku 1st time pegi sana, haha)



Kalo korang duk umah kat Putrajaya, silalah parking kat Putrajaya Sentral dan terus naik ERL ke Salak Tinggi. Sebab lagik murah dan convenient tau... (Parking 3 hari = RM 25 + Tiket ERL pergi = RM 19.90 + tiket ERL balik = RM 19.90) Murah kan jah??? Yelah daripada ko naik teksi je dah caj ko RM 50 sehala... hahaha... (nada riak dan takabbur)

Satu jelah yang aku tak berkenan dengan AirAsia ialah kalo korang dah daftar masuk dengan web (web check-in), dia punya announcement untuk cop verifikasi tuh punyalah lambat dan x effisien. Dah la ramai orang, nak berebut kat kaunter satu tu yang ada sorang je staf untuk cop tiket printed kita tuh.. Fedap aku.

Tapi yang lelain ok la.. Dengan skirt pendek warna merah korporat tu memang ok la.. heheh...

Oh ya, kalo korang jenis mentekedarah, baik korang tempah makan dalam talian. So xde la nak terliur tengok orang len makan. heheh

tips berguna bagi 1st timer @ Saigon

Korang kalo jejalan @ shopping kat Saigon, silalah bawa beg backpacker. janganlah bawak beg laptop yang vas gitu sebab nanti akan ada orang follow...

Ni peristiwa betul ye adik-adik... Aku jalan depan dengan beg laptop backpack aku yang cantik dan nampak macam mahal tu.. Bini ngan anak aku tengah memilih kat kedai mana ntah, tapi sib baik bini aku perasan ada mamat ni follow aku dari tadi so cepat-cepat bini aku cover dan pegang aku. Ish, kalo idak aku dah jadik mangsa rogol samun ko jah...

Oleh itu, sila berhati-hati. Kepada rombongan Cik Kiah, jangan ngengada bawak beg Prada bagai kat tangan dengan gelang segala. Sebab banyak mata tau.. Ala, mende ni pun sama kat mana-mana negara pun.. Berhati-hati yek...

jadik aku advice korang silalah pakai baju buruk yang tak cantik sangat, supaya peniaga tu tak expect lebih kat korang...

cuaca Saigon

Vietnam ni macam Malaysia jugak, cuacanya tak menentu. Hujan dan panas macam sama je. Jadik, sebagai peringatan, silalah bawa baju hujan kalo nka pergi sana. Tak payahlah nak beli payung bagai sebab nanti nak angkut dalam kapalterbang tak boleh. hehe...

Kalo korang nak beli kat Saigon pon boleh gak, harag dia aku tak survey plak. Tapi melambak weii kedai yang jual baju hujan ni..

Kalo nak beli topi keledar motosikal pon banyak. Macam-macam warna dan bentuk. Memang mengancam abis..

Oh ya.. Kalo korang naik teksi, korang akan duduk di sebelah kanan ye, sebab belah kiri tempat driver. heheh...

Lagi satu, orang sana banyak naik motor dan basikal, tapi, kereta dan teksi ni banyak jugak. Korang akan culture shock punyelah bila sampai kat sana sebab kat sana tak banyak Traffic light. Main belasah jalan je. Kalo nak masuk jalan, kereta atau motor tu akan bagi hon suh kereta lain bagi laluan. Kalo kat sini ko buat macam tu mau kena maki sebulan sambil tangan tunjuk jari tengah.. wakaka

shopping di Chinatown

Kitorang walopon dah duduk kat hotel yang hanya sebelah dengan Benh Tanh Market, kitorang tak pusing sangat pun kat situ, kitorang tengok-tengok je, lepas tu terus pergi Chinatown dekat District 10. Jauh jugak la... Nasib baik masa tu ternaik teksi Vinasun yang dipandu oleh Anh Jari (sebutannya Ansari - orang Melayu Champa) siap cakap Melayu weii.. hahha... Nyesal aku tak amik nombor dia. Kalo tak, leh la aku mintak tolong lenkali.. haa.. tambang teksi ke Chinatown masa tu Dong 120,000 = RM 17 hinggit... huhu

Dekat Chinatown, harga yang diletakkan adalah separuh daripada harga di Benh Tanh Market. Kualiti pun lebih kurang sama, cuma kalo korang pandai cakap Mandarin, lagilah boleh murah weii. Aku cuma reti Kantonis je... mana leh dapat tawar-menawar.

Tapi aku berjayalah beli gajus mentah (jangan beli yang goreng, tak tau goreng ngan minyak apa) dengan harga Dong 210,000 = RM 31.50 je. Berbanding di Benh Tanh yang menjual gajus yang sama tapi dengan harga Dong 360,000 (sebelum menawar) Dong 310,000 (selepas tawar harga) = RM 46.50.

So, bagi aku, Chinatown is better than Benh Tanh. Kalo korang pergi, sila nilaikan dan bandingkan ye... Sebab kat Vietnam, semua tempat kene bertekak sebab nak menawar harga. heheh...

Makan kat Saigon, Vietnam

Kalo korang bawak bebudak, mak bapak dan bagai, sila pek siap-siap segala maggi cup, biskut, coklat bar, dan cikedis... hehe.. Ni semua based on our experience. Budak ni kalo lapar bukan reti nak diam. Kita kan tengah kabut bagai nak cari kedai makan halal. So, siapkan aja semua jajan tuh..

Oh ya, kat Saigon, bab makan bukanlah satu masalah. Sebab ada banyak jugak kedai makan sini. Cuma kena selera kita atau tidak, kena bajet kita atau tidak, kena bersih atau tidak, kena dekat atau jauh je dari hotel, dan kena serbu/penuh atau tidak. Yelah, sebab orang Malaysia / Indonesia memang dah kerumun kedai makan ni semua kalo waktu makan tiba. Jadik, bersedialah.

Aku ngan famili tibai makan kat VN Halal.

Lebih kurang 20 kaki daripada pintu masuk hotel aku. Dekat je kan? heheh.. Sarapan, Lunch, Makan malam semua kat situ....
Harga??? Ala... sepinggan nasi goreng paprik baru dalam Dong 80,000 = RM 12 hinggit je.. Ok la kan... dengan status halal, dengan citarasa Malaysia lagik.. Jangan nak bising pasal mahal ye adik-adik, sebab sewa kedai kat sini mencecah Dong 100 juta = RM 15 ribu hinggit.. mahal kann...

tapi tulah negara Vietnam..

Anyway, kat sana tu melambak kedai halal, korang google jelah.. alas aku nak tulis (lagipun aku sempat pegi VN Halal je sepanjang kat sana) hehehe

shopping di Saigon lagi....

Oh ya... Lupa la nak bagitau. N3 sebelum ni den terlupo yo... Kalo korang nak membeli -belah @ shopping kat Saigon @ HCMC, Vietnam, sila la tukar duit RM anda kepada USD atau pun Dong Vietnam. Walaubagaimanapun, ada jugak kedai kat sini terima duit Malaysia. Jadi, ikut korang la. Sebab sepanjang kitorang kat sana, teksi, kedai makan, kedai baju @ butik diorang mintak USD atau Dong. Cuma gerai pasar malam je yang leh terima RM untuk jual-beli fridge magnet.

Aku tukar aritu, 20 September 2011 kat kedai area Central Market, RM 155 = Dong 1 juta. Pakcik kayooo... Yahooo... Tapi bila tukar RM ke USD, RM 1000 = USD 310. MIskin lak jadinye... (gambar lupa nak amik bila kaya aritu... heheh)

Oh ye, aku dah survey, area Central Market murah kot kalo nak tukar Dong. Tapi aku sangat sedih, area CM dah jadik macam negara Nepal dan Sri Lanka. Kebanyakan kedai kat CM dah ubah jadi macam kedai makan Nepal, siap ada bukak meja jual sirih isi kapur. Lepas tu Ludah merata-rata.. yekkk...

eh, dah lebih citer lak. Tu saja untuk n3 money exchange.

hotel kat Vietnam - tips berguna

Hai...

Jumpa lagi dalam edisi jejalan atau shopping Vietnam.. Kali ni nak bagitau tips memilih hotel.

Bagi anda yang ada anak kecil, bawak mak bapak dari kampung, atau anda seorang diri, atau sorang perempuan, ataupun apa-apa jelah, adalaha dinasihatkan untuk menginap di hotel di sekitar District 1.

Kenapa? Mengapa? haa... jangan banyak tanya. Satu je sebab dia. Sebab District 1 tu pusat shopping mopping, makan minum, amik gambor posing dan sebagainya.. Apatah lagi Benh Tanh Market (yang diwar-warkan sebagai Pasar termurah untuk membeli kain, baju dan segala-galanya dengan harga murah) berada di District 1.




Oleh itu, sebelum membeli atau menempah maut hotel, SILA pastikan yang hotel tu ada kat sekitar District 1.

Oh ye, kitorang sefamili duk kat hotel Hoang Hai Long.

Ok jelah hotel ni. Kalo korang berbadan dua besar atau membawa anak-pinak bagai, sila amik Suite Room sebab Deluxe dia hanya muat anak tekak sahaja..

Ok la, ini sahaja point hotel, lenkali kita citer pasal mende lain plak.

teruja dan teruji

Vietnam memang negara yang bagus untuk kaki shopping. Kalau anda macam Rombongan Cik Kiah, memang andalah yang Vietnam tunggu. hehhe...

Kami sampai di Lapangan Terbang Tan Son Nhat, Saigon jam 3.50 petang padahal kami bertolak jam 2.50 petang. Sejam je perjalanan? Haha... Rupanya jarak waktu dia lambat sejam dari kita. Jadi, kalo kita 3.00 petang, dia baru jam 2.00 petang.

Sesampainya kat airport, lepas cop imigresen bagai (kekwat tau pegawai imigresen dia), lepas skrin beg, lalu kami terus keluar menuju ke teksi yang dah berlambak kat luar tu. Ingat ye manusia sekalian, sila amik teksi yang bernama VINASUN atau MAI LINH sahaja.. Ada faham??

Nape? Sebab hanya dua teksi ni je yang reliable dan guna meter dan dipercayai seantero Vietnam. Yang lain pakai gak meter tapi kalo kene kelepet aku tak jamin keselamatan kamu.. Apatah lagi kalo korang gegatal nak naik beca. Elakkan ye..

Ok, tu tips yang pertama kalo dah jejak kaki ke Vietnam.

Bersambung di n3 lain...

dah gi Vietnam, kamu bila lagi? heheh

Salam semua...

n3 kali ni nak cakap pasal Vietnam, ekceli Saigon @ Ho Chi Minh City (HCMC). Adalah rezeki sikit, so aku pun tempah tiket untuk satu famili yang meliputi aku, bini aku, anak aku dua orang. Total caj RM 2600 (ni termasuk tambang Airasia, caj kerusi hot seat - baik amik hotseat kalo x nak lenguh kaki sepanjang perjalanan, makanan atas kapal, caj bagasi lebih, dan hotel untuk 3 hari 2 malam). Jadi aku sangat-sangat puas hati la..

Excited weii., Nilah 1st time aku sekeluarga jejalan obesi... bukan obesiti tau! heheh...

Cukuplah dulu n3 ni. aku nak wat keje jap....

Khamis, 9 Disember 2010

Syabas, memang SYABAS

Masya Allah. Kayanya dia. Tapi masih mahu naikkan harga bil air sebanyak 37 peratus. lihat di sini.

Aku bukan nak pertikaikan gaji dia, kalau Allah dah tetapkan itu rezeki dia yang halal dan secara baik, aku redha. Tapi aku cuma nak persoal kenapa melampau pemberian gaji itu, sedangkan air pada asasnya adalah sumber dan hasil mahsul dari Kerajaan kepada Rakyat, yang sepatutnya tiada caj, namun jika dikenakan caj, mestilah berpatutan dan murah.

Semalam aku jumpa kawan lama sekolah menengah dulu, sekarang dia kerja dengan SYABAS. Dengar cerita, sebab kes SYABAS dengan Kerajaan Negeri Selangor seolah tiada penghujung, maka CEO SYABAS yang gajinya hampir mencecah RM 500,000.00 sebulan sedang berkira-kira hendak mengambil alih FELDA pula.

Rupanya inilah dia antara kaum bumiputera yang dibantu oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tahniah Kerajaan BN kerana selama lebih 50 tahun memerintah Malaysia, yang kaya hanya kawan mereka sahaja, bukannya keseluruhan bumiputera. TAHNIAH

Awal Muharram bukan Tarikh Hijrah

Satu Muharram detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam Hijrah,
Perpindahan Nabi dan Umat Islam,
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Saban tahun, apabila menjelang tanggal Satu Muharram, kita akan bersungguh-sungguh menyambut (dengan cuti) dengan perayaan dan sambutan sama ada di dewan atau pun di tempat awam lain.

Sejak kecil kita sudah dimomokkan dengan lagu hijrah di atas dan juga sering diingatkan bahawa Nabi Muhammad, Rasul yang Agung dan Mulia, telah berhijrah pada tarikh dan bulan Muharram. Sehingga diwujudkan pemberian anugerah Tokoh Ma'al Hijrah kepada penerima yang berbilang kaum dan agama. rujuk di sini. dan juga di sini.

Bukan isu pemilihan penerima anugerah yang ingin diangkat pada kali ini, namun apa yang ingin diutarakan ialah isu Awal Muharram yang dikaitkan dengan Peristiwa Hijrah Nabi adalah tidak tepat sama sekali.

Memetik dari blog Minda Tajdid milik Dr. Asri:

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.

Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.

Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.

4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.

6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.

9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.

Jadi kepada semua, diharapkan agar membetulkan kefahaman mengenai konsep Hijrah dan Awal Muharram. Bukanlah menjadi satu dosa sekiranya salah faham pada masalah ini, namun bukankah lebih baik dan afdhal bagi Muslim untuk mencintai Rasul dan Persitiwa Hijrah dengan mengaplikasikannya dalam diri kita?

Fikir-fikirkan dan salam satu akidah..

Minyak Naik Lagi......

Bagi kebanyakan orang, mungkin kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.05 seliter bukanlah membebankan, dan ia hanyalah satu isu murahan yang dijaja pihak pembangkang. Saya bukanlah penyokong mana-mana pihak dan tidak mudah terpengaruh akan dakyah songsang. Namun isu kenaikan harga minyak ini adalah isu besar dan penting kepada kita semua. Ia berkait rapat dengan banyak aspek termasuk moral, suasana dan realiti masakini.

Pertamanya, isu masakini di Malaysia. Harga barang makin naik dan terus naik seolah-olah tiada kawalan. Yang makin kaya akan terus kaya dan yang miskin makin miskin. Justeru jurang perbezaan antara keduanya makin melebar. Tiada gunanya melaungkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang kononnya membantu kaum bumiputera mendepani pembangunan mapan jika jurang miskin dan kaya terus membesar. Yang dibela oleh DEB mungkin segelintir kaum bumiputera yang rapat dengan pemerintah manakala keseluruhan bumiputera yang lain masih menagih simpati untuk hidup. Lihat statistik yang diambil daripada Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan Consumer Price Index yang menokok sebanyak 2 peratus. (lihat sini) Apa maknanya kenaikan 2 peratus dalam CPI tersebut? Kenaikan itu bermaksud harga barang yang sama dibeli pada tahun lepas telah meningkat sebanyak 2 peratus pada tahun ini, sedangkan pendapatan dan gaji orang ramai masih di takuk lama.

Dan mungkin antara kita tidak pernah terfikir bahawa dengan kenaikan bahan api/minyak, ia akan mendorong kenaikan tarif elektrik. lihat di sini. juga di sini

Puas hati??


Mungkin ramai antara kita tidak pernah terbaca hadis Rasulullah berkaitan pemimpin yang menipu rakyat dan zalim. Kerana kita sering dimomokkan bahawa pemimpin mesti Orang Melayu, Ketuanan Melayu dan sebagainya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Ada tiga jenis yang Allah tidak akan mengajak berbicara mereka pada hari kiamat, tidak akan mensucikan mereka, tidak melihat kepada mereka dan bagi mereka siksaan yang pedih. Orang tua yang berzina, raja/pemimpin yang berdusta, dan orang miskin yang sombong'," (HR Muslim [107]).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw, beliau bersabda, "Tidaklah seorang lelaki memimpin sepuluh orang atau lebih kecuali ia akan mendatangi Allah Azzawajalla dalam keadaan terikat dari tangan hingga lehernya pada hari kiamat. Kebaikan yang ia lakukan akan melepaskannya dari ikatan atau dosanya akan membuat dirinya celaka. Awalnya celaan, pertengahannya penyesalan dan akhirnya merupakan kehinaan pada hari kiamat," (Hasan, HR Ahmad [V/267]).

Masih diriwayatkan dari Abu Umamah r.a, Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua jenis ummatku yang tidak akan mendapat syafa'atku: pemimpin yang zhalim dan berbuat semena-mena, setiap orang yang melapui batas dan sesat," (Hasan, HR at-Thabrani [8027]).

Diriwayatkan dari Amr bin Murrah, ia berkata, "Aku katakan kepada Muawiyyah bin Abi Sofyan, 'Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Tidaklah seorang pemimpin atau seorang penguasa menutup pintunya dari orang-orang yang memiliki kebutuhan dan keperluan serta orang-orang fakir, kecuali Allah akan menutup pintu langit dari keperluan dan hajatnya'."

Amr bin Murrah berkata, "Sejak itu Muawiyah menunjuk seorang wakilnya untuk mengurusi kebutuhan masyarakat," (Shahih, HR at-Tirmidzi [1332]).


Yang keduanya berkenaan isu moral. Pemimpin sejati ialah pemimpin yang memahami hasrat dan perasaan rakyat keseluruhan, bukan pemimpin yang hanya pandai berkata-kata tanpa pelaksanaan kata-kata itu. (lihat sini) dan juga di sini

Diriwayatkan dari Ma'qil bin Yasar r.a, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang hamba pun yang mendapat amanah dari Allah untuk memimpin rakyat, lantas ia meninggal pada hari meninggalnya dalam keadaan mengkhianati rakyatnya kecuali Allah haramkan atasnya surga," (HR Bukhari [7150]).


Sekarang, fikir-fikirkan dan fahamkan bahawa penentangan rakyat terhadap kenaikan RM 0.05 bukan kerana kenaikan harga itu, tetapi kerana apa yang disebutkan di atas. Apa yang baik, moga Allah berikan keberkatan kepada kita semua dan yang buruk moga Allah lindungi kita dari kejahatan makhlukNya.

Isnin, 26 Julai 2010

Main Shaayar To Nahin

Main Shaayar To Nahin
(Main Shaayar To Nahin, Magar Ae Haseen
Jab Se Dekha Maine Tujhko
Mujhko Shaayari Aa Gayi) - 2
Main Aashiq To Nahin, Magar Ae Haseen
Jab Se Dekha Maine Tujhko
Mujhko Aashiqui Aa Gayi
Main Shaayar To Nahin
(Pyaar Ka Naam Maine Suna Tha Magar
Pyaar Kya Hai, Yeh Mujhko Nahin Thi Khabar) - 2
Main To Uljha Raha Uljhanon Ki Tarha
Doston Mein Raha Dushmanon Ki Tarha
Main Dushman To Nahin
Main Dushman To Nahin, Magar Ae Haseen
Jab Se Dekha Maine Tujhko
Mujhko Dosti Aa Gayi
Main Shaayar To Nahin
(Sochta Hoon Agar Main Dua Maangta
Haath Apne Uthaakar Main Kya Maangta) - 2
Jab Se Tujhse Mohabbat Main Karne Laga
Tab Se Jaise Ibaadat Main Karne Laga
Main Kaafir To Nahin
Main Kaafir To Nahin, Magar Ae Haseen
Jab Se Dekha Maine Tujhko
Mujhko Bandagi Aa Gayi
Main Shaayar To Nahin, Magar Ae Haseen
Jab Se Dekha Maine Tujhko
Mujhko Shaayari Aa Gayi
Main Shaayar To Nahin

(filem Hindi Bobby 1973)